helo2... pagi2 nie mata segar lak nak update blog nye.. hehhe nak tanya korang tengak x kisahku kat TV9 kul 6.30 petang kalau xsilap la.. first ekin tengak penghijrhan selebriti Catriona Ross.. memang tersentuh hatiku tau... begitu sekali ujian dan dugaan yang diberikan semoga beliau tabah menghdapi masa2 akan datang.. jom2 korang baca entri die sndri... layannn
Kisah Penghijrahan Catriona Ross Memakai Tudung Sangat Menyentuh Perasaan
Di bawah ialah kata-kata Catriona Ross tentang reaksi suaminya apabila dia bertudung:-
Apabila dia pulang ke rumah dan membuka pintu, saya sudah memakai tudung…dia nampak sangat terkejut dan bertanya, ‘bila’, saya kata ‘pagi tadi’…dia tidak kata apa-apa hanya datang memeluk dan mencium saya
Untuk makluman, Catriona Ross mula bertudung pada 16 Julai tahun lepas kalau tak silap. Menarik sungguh cerita bagaimana dia bermula memakai tudung. Benarlah kata orang, hidayah itu datang tak kira waktu dan tempat. Untuk Catriona Ross, ianya berlaku ketika menemani teman-temannya membeli tudung.
Oleh kerana lama sangat mereka pilih, saya rasa boring sangat, lalu saya ambil satu tudung dan cuba pakai. Ada satu macam perasaan dalam saya bila saya pakai, rasa berdebar-debar. Bila rakan-rakan saya tengok kenapa saya nampak pucat, saya kata saya nak pakai tudung…mereka gelakkan saya..mereka kata kepada saya jadikan ia azam tahun baru ke, puasa tahun depan ke dan sebagai. Tetapi bagi saya ketika itu, ia tidak akan lama…saya akan memakainya
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Catriona Ross atas penghijrahan ini. Untuk makluman, Catriona Ross ada menjalankan perniagaan pakaian menerusi laman web Facebook.
0 membaca kisahku:
Post a Comment
* Wah Kacak & Cantiknye Orang Yang Membaca Ini
* Tunggu Apa Lagi Tinggalkan La Coretan Kecomelan Anda 2 Sebagai Bukti. ^_^
* Andakan Baik Hati Orang Kacak & Cantik Kena Selalu MenCoret Komen
* Sayang Kamu Yang MengOmen 2..Muuuaahhhx999 Thanks