dicermin kaca mengisahkan tentang ekin dengan seorang kawan lelaki.. cerita ini ditulis sendri oleh beliau dan ekin nak kongsikan bersama2 kalian semua... :)
Assalamualaikum,,nur ashikin binti mohammad yusoff
Aku,khairul anuar,berumur 22thn,berpewatakan sederhana,badan agak berisi,,cerita nya bermula disini..aku sebagai seorang rakan kongsi dalam sebuah perniagaan pengurusan makanan disebuah universiti,pada hari itu agak sibuk,perniagaan agak kencang,aku didekati oleh 2orang gadis muda dlm lingkungan umur 20an.seorang memakai tudung,dan seorang lagi tidak,aku mulakan cerita dimana aku mula mengenali gadis yang tidak memakai tudung ini,rambut yang di ikat ala2 sanggul,beliau sangat istimewa,,disitu,aku terus terpaku,melihat senyuman yang telah menjatuhkan hati dan perasaan ni dalam sekelip mata,dengan kata2nya..cukup untuk menggoncang iman didada.rupa2nya ada masalah yang dialami beliau..makanan yang diminta tidak sampai rupanya,aku masih ingat,,dan aku mohon maaf pada nya atas kesilapan yang kami telah lakukan,,dan dia pun beredar meninggalkan cafe dghn seribu satu persoalan yang melanda diriku..siapakah dia?dari mana dia datang?cukup istimewa,,tak pernah ku alami sebelum ni..tiba2 aku terasa ingin ke tandas,tak ku sangka,takdir atau kebetulan bila ku bertembung dengan dia semula. ah,,dia masih ingat padaku,dan dia senyum lagi padaku..aduh..aku tak pasti apa yang terjadi pada ku..aku terus tertanya,,siapa dia..
sayang,buat pertama kali ku memandangmu,hatiku mula tertarik,,diriku sendiri tak pasti apa yang terjadi,tiap malam ku mula teringat padamu,,di situ lah ku mulakn langkah cuba untuk mengenali mu..adakah aku akan dapat mendekati mu..
Selepas pulang dari meniaga,aku membersihkan diri dan duduk di atas katil smbil memandang diri di cermin bilik ku..aku termenung jauh,dan masih bermain difikiranku wajah yang tak mungkin dapat aku lupakan..ternyta sekali dia terlalu istimewa untuk aku kenali,sejak malam itu aku memasang azam dalam hatiku untuk mendekati insan istimewa ini,dalam aku memikirkan nya..aku terus terlelap hingga aku tersedar keesokan pagi nya..jam pada telefon bimbit ku menunjukkan pukul0:15minit pagi,,ah,,berat betul nak buka mata ni..mungkin terlalu penat,,begini lah rutin harian ku sejak aku menceburi bidang ni..aku terus mencapai tuala dihujung katil lu..ku gagah kan jugak kaki ni untuk bangun,,selepas selesai mandi,aku bersiap..aku bersarapan bersama keluargaku..dan aku keluar untuk memulakan hidupku..ke pasar,ke kedai..ini lah yang ku lakukan..pukul2petang aku sampai di cafe..dan aku mulakan perniagaan seperti biase..hampir2 aku terlupa pasal dia..pada malam itu,,dia datang..aku amat menyedari kalau dia datang,,aku xpasti kenapa..seperti ada aura...nak tau ape yg berlaku tunggu k?
ku melihat gelagat nya dari jauh,keriangan seorg gadis bersama2 rakan nya membuat aku tersenyum melihat telatah nya.jiwa aku runtuh melihat wajah nya..gila sungguh perasaan ini.tp aku tidak tahu bagaimana kah cara untuk mendekatkan diri dengan nya..saat pertama kali melihat mu.aku telah jatuh ke dalam alam cinta gila ku sayang...aku hanya mampu melihat dari jauh..aku ingin sekali dekati nya,tapi aku belum terdaya...akhirnya aku mengambil keputusan untuk menceritakan semua ni dengan staff merangkap kawan aku...rupa nya dalam diam,salah sorg staff aku ni dah dapat nombor telefon kawan kepada gadis pilihan hati aku.memang laju..haha..aku duduk di meja bayaran,dia datang bersama rakan nya untuk membayar.hati ku berdebar sangat2.tapi aku yakin,dia tahu apa yang ada dalam hati aku.
dia memang tahu apa yang ada dalam hati aku.dia menunggu hingga ke giliran terakhir untuk membayar,dia telah memberikan aku peluang.saat itu...jantung aku bagai nak pecah berdegup.fuhhh..mendengar suara nya adalah perkara yang sangat menenang kan dalam hidup aku saat itu.tapi..lidah aku tiba2 menjadi keras,tidak mampu untuk berkata apa-apa.bodoh nya aku saat itu.aku hanya biarkan dia melangkah pergi walaupun aku tahu,dia telah memberi peluang pada ku..aku tersedar dari khayal ku.tak boleh dibiarkan..aku terus berlari ke pintu belakang.masih belum terlambat.dia masih ada.dengan keberanian yang aku ada walaupun kecil jumlah nya..aku nekad untuk bersuara,meluahkan hasrat hati.meminta nombor telefon dia agar aku berjaya mendekati hati nya..tapi..aku gagal..aku sangat2 kecewa.malu pun ada..sebab ini lah aku tak pernah berani untuk bersuara.takut ditolak..
Aku melihat dari jauh dia melangkah pergi meninggalkan aku.tidak terdaya aku saat itu.aku melihat saat itu staff aku tersenyum melihat handfon nya.dia baru menerima 1 talian hayat untuk aku.aku bagai tidak percaya.nombor telefon aku pula yang di minta..hahaha.aku terasa sangat gila saat itu.aku memberikan pada staff aku nombor aku,dan dia kirim pada salah seorang rakan kepada gadis tadi.aku masih ingat nama gadis comel ini,.alhamdulillah...aku bersyukur sangat..aku menunggu dengan penuh debaran,harapkan sinar datang.seperti biasa,jam sudah lewat malam,aku sudah menutup kedai,tiba2 handfon aku berbunyi..aku menerima 1 sms yanh tidak dikenali nombor nya.
hati ku riang tak terkata.apabila sms itu adalah dari gadis impian aku.dari situ,segalanya bermula di mana aku mula mengenali hati nya yang lembut,kasih syg nya yang tulus,manja nya dia..aku sangat mahu mendekati nya..cuba menjadi insan istimewa dalam hidup nya..
Hari terus berlalu.dahulu aku tidak tahu jika dia hadir ke cafe.sekarang,sebelum dia datang,dia akan memberitahu aku terlebih dulu.wahh..dah macam pasangan bercinta.dan setiap hari juga aku menunggu hadir nya.dia datang memberi sinar dalam hidup aku.apa yang aku rasai saat ini adalah cinta ku.dia menghidupkan semula cinta ku.aku hanya ingin dia,hanya itu yang aku tahu.
segala nya sgt cpat berlalu..kesilapan aku ternyata memakan diri,aku tidak pernah bertanya pun pada dia jika dia sudah berpunya..hmmm.kenangan antara kami..makan aiskrim keladi,pergi kfc,byk lg masa kita bersama dulu.jika dia masih ingat..maafkan daku.mencintai mu dalam diam ku,setiap kenangan kita..simpan lah menjadi kenangan..kini,2 tahun sudah berlalu..segala nya telah berubah,danial bekas staff aku,telah kembali ke rahmatullah pada hujung tahun lepas,aku pula sudah bahagia dan kini bergelar tunangan orang.juga bakal bergelar suami tidak lama lagi..tapi percaya lah,segala yang berlaku antara kita,semua nya adalah kenangan paling indah..walaupun seketika sahaja.
- Tamat
0 membaca kisahku:
Post a Comment
* Wah Kacak & Cantiknye Orang Yang Membaca Ini
* Tunggu Apa Lagi Tinggalkan La Coretan Kecomelan Anda 2 Sebagai Bukti. ^_^
* Andakan Baik Hati Orang Kacak & Cantik Kena Selalu MenCoret Komen
* Sayang Kamu Yang MengOmen 2..Muuuaahhhx999 Thanks