cinta..
khas buat mEreka yang mEnangisi cinta..
dan untuk diri saya yang mudah tErleka ini juga.."Benar, yang merasa semua kepedihan itu hanyalah engkau. Kami yang memandang rasa serabut tengok keadaan engkau. Konon-konon cita untuk berjuang di medan sampai jihad nun di Palestin katanya, tapi baru dijengah mehnah sebesar zarah ini, sudah mahu tumbang... Aduhai, kau bukan calon soleh untuk bercita-cita menagih syahid di medan sana!"
"Kau terlalu naif!" lihatlah dengan mata hatimu, ISLAM! Golongan sepertimu adalah yang paling disukai oleh musuh-musih Islam. Lihatlah kebenaran, musuh-musuh Islam tidak pernah takutkan senjata kita, tetapi mereka cukup takutkan semangat jihad yang ada pada kita, ORANG ISLAM. Tapi, lihatlah jihadmu sudah terkulai layu.. Kau takkan mampu menentang mereka, sebab kau tidak mampu menentang jihad nafsumu dalam dirimu!"
"Dimanakah peganganmu selama ini? Dimana alunan Kalamullah itu? Perhatikanlah Allah tidak pernah menyediakan sepahit-pahit ubat kepada makhlukNya melainkan ubat itu menjanjikan satu kenikmatan kesihatan pada jiwamu yang takkan kau temui jika kau masih menutup mata hatimu!
"Aku tidak menafikan manusia itu memerlukan cinta, sebab cinta itu kurniaan yang nan indah oleh Allah. Tapi, jangan rosakkan cinta itu dengan kelalaian hatimu dalam mempertimbangkan antara yang abadi dan bersifat sementara. Cinta manusia hanya sementara, jadikanlah ia penyuluh untuk dirimu meraih syurga Allah. Takkan kau temui cinta hakiki, selagi kau tidak membuka mata hatimu untuk mencari cinta abadi yang telah wujud dalam dirimu sedari azali, Aku takkan sedih jika kau kecewa dengan hatimu yang tidak kuat menyintai Allah kerana kau takut untuk mendapatkan cinta itu kerana kau tahu siapa dirimu yang sebenarnya untuk meraih cinta Allah yang ternyata ramai berebut untuk mendapatkannya.
"Tapi aku terlalu sedih, kau hanya lemah hanya kerana cinta manusia biasa. Tidak terbanding dengan cinta yang terlalu agung itu. Kau terlalu lemah... sebab hatimu terlalu lemah untuk membuka mata hatimu melihat kepastian cinta yang sebenarnya."
dan..
saya akui kEbenaran kata-kata itu..
kadang kita mEnjadikan diri kita tErlalu murah untuk cinta..
sEdang cinta itu bukannya apa-apa..
bukalah matamu kawan..
patutnya engkau bErsyukur..
bukankah tuhan sEdang mEmanggil kamu kEmbali padaNya?
0 membaca kisahku:
Post a Comment
* Wah Kacak & Cantiknye Orang Yang Membaca Ini
* Tunggu Apa Lagi Tinggalkan La Coretan Kecomelan Anda 2 Sebagai Bukti. ^_^
* Andakan Baik Hati Orang Kacak & Cantik Kena Selalu MenCoret Komen
* Sayang Kamu Yang MengOmen 2..Muuuaahhhx999 Thanks