apa rasa buah kiwi nye..ekin pun xpenah makan tengak 2 pelah nak makan jauh sekali la.hari ini ekin nak kongsikan benda yang menarik untuk kalian..
Fakta-fakta yang Menakjukan
Buah kiwi adalah buah yang padat dengan khasiat nutrisi
Buah Kiwi sentiasa menduduki tempat teratas di dalam model-model kepadatan nutrisi yang memberitahu kita bertapa berkhasiat satu-satu jenis makanan. Ini bermakna anda akan memperolehi lebih banyak vitamin dan mineral untuk setiap gram, dan setiap kalori dalam sebiji buah Kiwi berbanding dengan lain-lain buah.
Buah Kiwi kaya dengan vitamin C
Walaupun orang selalu mengaitkan vitamin C dengan buah oren, mereka seharusnya memikirkan buah Kiwi. Buah Kiwi mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding dengan buah oren. Begitu banyak sehinggakan anda hanya perlu memakan sebiji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disrankan untuk sehari-hari (RDA).
Kandungan tinggi vitamin lain yang terdapat dalam buah kiwi berbending dengan buah-buahan lain
Vitamin E
jarang sekali makanan yang rendah lemak, lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan-kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan) - tetapi buah kiwi ialah sumber vitamin E rendah lemak yang semulajdi.
Asid Folik
Sumber semulajadi asid folik diperlukan untuk menghalang kecacatan neural di kalangan bayi (anda memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) termasuklah perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat ini dalam kadar yang mencukupi. Asis folik begitu penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan Asid Folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan kita memperolehi asid folik yang mencukupi.
Potasium
Ia mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang tet baik bagiapi separuh daripada kalorinya - menjadikan buah kiwi sumber potasium tertingkat yang rendah garam - berpotensi memberi manfaat di dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
Buah Kiwi adalah sumber yang baik untuk lutein karotenoid
Buah Kiwi bukannya sahaja mempunyai kandungan konsentrasi tertinggi lutein di kalangan buah-buahan - tetapi lutein dari buah kiwi dibuktikan jauh lebih dibioakses (lebih baik dari sayuran) jadi ia ada dari segi bio - bermakna ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
Buah Kiwi tinggi dalam antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) dan lain-lain bahan fitokimia yang berfaedah termasuk enzim-enzim unik lain.
Memakan buah Kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian anda untuk melawan kerosakan yang disebabkan oelah radikal-radikal bebas dan tekanan oksidatif.
Buah Kiwi berupaya mempertingkat fungsi sistem daya tahan anda.
Perlindungan semulajadi dari cabaran seharian membantu anda melawan kesan stres, inflamasi sab serangan bakteria dan virus. Percubaan-percubaan terkini dan berterusan menunjukkan buah kiwi amat berfaedah untuk penjagaan sistem daya tahan.
Memakan hanya dua biji buah kiwi sehari membuktikan ia dapat mengurankan kadar kerosakan oksidatif terhadap sel-sel anda dan memperbaiki DNA rosak yang disebabkan oleh tekanan oksidatif.
Ini telah dibuktikan dalam kajian-kajian ke atas manusia di New Zealand dan Eropah.
Mengambil buah kiwi ketika makan boleh mengurangkan tekanan oksidatif ke atas badan anda setelah makan - terutamanya makanan yang tinggi lemak.
Para penyelidik di Amerika Syarikat menunjukkan orang-orang yang mengambil buah kiwi ketika/ sesudah makan menunjukkan penuruanan petanda-petanda tekanan oksidatif.
Hanya 2 -3 buah kiwi sehari menunjukkan ia boleh mengurangkan agregasi platelet darah.
Agregasi platelet adalah faktor risiko yang diketahui untuk penyakit kardiovaskular - ia menyebabkan penyumbatan arteri dan salur pembuluh darah.
Buah Kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat
Diiktiraf sebagai pembantu pencernaan semulajadi, ini adalah gabungan unik serat makanan dan komponen-komponen lain dalam buah kiwi.
0
membaca kisahku:
Post a Comment
* Wah Kacak & Cantiknye Orang Yang Membaca Ini * Tunggu Apa Lagi Tinggalkan La Coretan Kecomelan Anda 2 Sebagai Bukti. ^_^ * Andakan Baik Hati Orang Kacak & Cantik Kena Selalu MenCoret Komen * Sayang Kamu Yang MengOmen 2..Muuuaahhhx999 Thanks
0 membaca kisahku:
Post a Comment
* Wah Kacak & Cantiknye Orang Yang Membaca Ini
* Tunggu Apa Lagi Tinggalkan La Coretan Kecomelan Anda 2 Sebagai Bukti. ^_^
* Andakan Baik Hati Orang Kacak & Cantik Kena Selalu MenCoret Komen
* Sayang Kamu Yang MengOmen 2..Muuuaahhhx999 Thanks